OK. Kita sambung slot samarinda kita kepada episode 2. Kepada sesapa yang tertinggal episode 1, jangan segan-silu-sorok-muka-belakang-bantal untuk kelik SINI. :)
Untuk dugaan yang saya hadapi pada episode 2 ni lagi berat daripada episode 1.
Beberapa hari sebelum saya kena anta draft thesis saya, ALLAH telah uji saya buat kali kedua. Bagi saya ujian kali ni lagi berat daripada ujian yang kedua.
Korang nak tau apa ujian tu?
Laptop saya rosak sebelum thesis saya selamat dicetak. Laptop langsung tak boleh nak on. Masa tu, ALLAH je yang tahu perasaan saya. Sedih sangat kot. Risau pon ada jugak. Semua maklumat thesis, semua ada dalam laptop tu. Dah lah langsung tak buat back-up. Memang bergantung 100 peratus pada laptop untuk simpan semua maklumat thesis.
![]() |
Punyalah percaya kat laptop, tapi laptop buat camni kat saya. Camni lah laptop. Tak moh kawan. Dekat-dekat nak anta draft thesis baru nak buat hal. Sobss :"(
Tapi ALHAMDULILLAH sebab ada penyelamat yang berjaya selamatkan laptop saya. Dan yang paling penting, semua maklumat tentang thesis, semua ada dalam laptop tu. Siap sengih-sengih kambing lagi. Syukur ALHAMDULILLAH. Draft thesis pun telah selamat berada di tangan examiner sekarang ni. :)
Lepas pada tu, memang tobat tak moh percaya kat laptop dah. Terus buat back-up. Simpan dalam pendrive. Simpan dalam emel. Takut pisang berbuah dua kali. Tak ke naya. Gerun kot bila bercakap pasal thesis ni. Gerun tu akan berlipat-lipat kali ganda bila maklumat thesis ada dalam laptop dan laptop langsung tak boleh nak on. -..-'
Sebagai pengajaran, jika benda tu betul-betul penting bagi kita, janganlah kita percaya seratuspointpat-percent untuk laptop simpan maklumat tu. Percayalah yang satu hari nanti laptop kita tu akan berpaling tadah kat kita. Jadi, buatlah back-up banyak-banyak.
Lagi satu, jangan jadikan ujian tu sebagai halangan untuk kita buat sesuatu. Jadikan ujian yang ALLAH berikan itu sebagai cabaran untuk kita bergerak ke hadapan. Sahutlah ujian tu dengan hati yang ikhlas. Hee :)
Lepas ni nak back-up siap-siap surat cinta yang taip kat laptop untuk Abang Erong Ajis. Kang tak pasal-pasal laptop buat hal lagi. Hehe.
Banyak betul ujian nak siapkan final year project ni. Harap-haraplah dapat "A". Amin. Korang tolong doakan sekali ye. :)
P/s: Korang plak apa ujian paling berat yang pernah korang alami? Meh citer sikit. Kan sharing is caring. :)
| Terima kasih sudi singgah sini. Jumpa lagi pada entri akan datang. Peace ^^ |













