Wednesday, 4 April 2012

Sembahyang Jemaah Di Asrama

Assalamualaikum and hye semua :)

Dulu time dok asrama, wajib sembahyang Subuh dan Maghrib secara berjemaah. Sapa yang tak turun akan dimerit.

Memandangkan bilik saya dengan surau sekolah tak lah berapa jauh, jadi tak berapa nak liat cuma kadang-kadang time Subuh je  liat turun sembahyang jemaah.

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, saya turunlah surau bersama dgn sorang kawan saya. Time tu demam apa ntah turun surau awal. Kalau tak, tunggu orang "iqamat" barulah nak berlari-lari anak turun surau. Huhu.

Bila turun surau, benda yang paling ngeri sekali adalah sembahyang tepi tingkap. Sebab time kita sembahyang nanti, adalah dua, tiga orang budak-budak nakal nak men-dajal-kan kita. Haishh -.-'

Tapi saya merupakan orang yang paling bertuah hari tu. Sebab saya lah orang yang kena sembahyang tepi tingkap tu. Ya Allah, rasa nak terjun longkang je sebab dapat sembahyang tepi tingkap. Menguji keimanan betul. -.-'

Tengah-tengah sembahyang, adalah suara-suara yang tak diingini kedengaran di cuping telingaku.

Budak nakal: Hai kak. Tengah sembahyang ke?
Budak baik (saya): Sembahyang sambil tutup mata dan tak ambil peduli langsung apa yang budak nakal tu cakap.
Budak nakal: Kakak-kakak, ustaz saya cakap, kalau sembahyang, tak elok tutup mata. Kenapa kakak tutup mata? Eh, kakak baca apa tu yang mulut dok terkumat-kamit tu?

Masa tu, hanya Allah je yang tahu betapa saya nak gelak besarrr punyaa!!!

Cinabeng punya budak nakal. Kalau tak mau sembahyang, toksah lah kacau orang lain nak sembahyang. Tak pasal-pasal saya tak khusyuk sembahyang hari tu.

Tapi sayang, saya tak tau sapa yang men-dajal-kan saya hari tu. Kalau saya tau, memang nak kena gilis lah dengan kete kebal. Gerammmm sangat!! Grrr (kuar api ikut hedong dan telinga).

Lepas pada insiden tu, memang saya tak turun dah sembahyang kat surau. Tapi ada insiden lain plak yang terjadi. Nak tau apa dia? Haaa.. Kita tunggu next entry. :)



Minggu lepas tittew gi Pulau Perhentian dengan tawan-tawan tittew. Besh sangat. Walaupun tittew dah legamss dek kerana panas terlampau, tapi tittew dan tawan-tawan tittew enjoy. Hehe :) (Rasa tergeliat lidah guna tittew-tittew ni). -..-


Terima kasih awak sebab sudi singgah sini.
Take care and salam peoples. :)

5 comments:

Maya Lisa said...

GAHAHAH!! kelakauuu! jahat tol dok ngaacau org solatt! kihkihkih!

Atiqah Wadiah said...

maya lisa:budak2 lg time tuh..tp nasib baik tak t'gelak beso time solat tu :)

kura said...

mmg nakal. poke kan ajee! hehehh.

wah. best ke pulau!

ShahzCudin said...

kah3..xde hati perut punye budak2..

cici tembikai said...

hahah babe kenapa tak ngadu kat ustaz/ ustzah ?