Friday, 11 May 2012

10 Wasiat Rasulullah Khas Untuk Wanita


Asaalamualaikum dan hai semua :)

Sebelum Rasulullah wafat, baginda ada meninggalkan beberapa pesan kepada puterinya yakni Fatimah. Pesanan ini juga boleh digunapakai oleh kaum wanita atau pun boleh dijadikan panduan kepada anak-anak dara yang bakal mendirikan rumahtangga.

Jom kita selidik apa pesanan Rasulullah tersebut.

Pesanan baginda berbunyi :


  • Kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan tetapkan kebaikan baginya daripada setiap biji gandum, hilangkan kejelikan dan tingkatkan darjat wanita itu.
  • Kepada wanita yang mengeluarkan peluh tatkala sedang menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya ALLAH jadikan dirinya dengan neraka 7 tabir pemisah.
  • Kepada wanita yang minyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat serta mencuci pakainnya, ALLAH tetapkan pahala memberi makan kepada 1000 orang yang kelaparan dan 1000 orang yang tidak berpakaian.
  • Kepada wanita yang mempertahankan rumahtangganya, ALLAH tidak akan menahannya daripada minum air daripada telaga kautsar pada hari kiamat nanti.
  • Patuh kepada suami. 
  • Kepada wanita yang minyakkan dan sikat rambut suami, minyakkan janggut, potong kumis dan kukunya, ALLAH akan berikan minuman yang didatangkan dalam bekas yang indah daripada sungai-sungai di syurga. ALLAH akan mudahkan sakaratul maut baginya dan kuburnya akan menjadi sebahagian daripada taman di syurga. ALLAH tetapkan baginya bebas daripada seksaan api neraka serta dapat melintasi titian siratul-mustaqim dengan selamat.
  • Kepada wanita yang senyum di hadapan suaminya, ALLAH akan memandangnya dengan pandangan penuh kasih.
  • Kepada wanita yang bentangkan alas tidur suaminya dengan senang hati, ALLAH akan ampunkan dosa-dosanya yang lalu dan akan datang.
  • Apabila seorang wanita melayan suaminya sehari semalam dengan hati yang ikhlas, ALLAH akan ampunkan dosa-dosanya serta pakaikan pakaian untuknya pada hari kiamat. ALLAH juga akan berikan kepadanya pahala 100 kali ibadah haji dan umrah.
  • Apabila wanita mengandung, malaikat akan mohon keampunan baginya dan ALLAH tetapkan kepadanya setiap hari 1000 kebaikan dan hilangkan 1000 kejelikan. Apabila wanita berasa sakit ketika bersalin, ALLAH tetapkan pahala untuknya sama dengan pahala para pejuang yang berjuang pada jalan ALLAH. Apabila wanita melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dilahirkan dari kandungan ibunya. Apabila wanita meninggal dunia ketika bersalin, maka semua dosa-dosanya akan terhapus.


SUBHANALLAH. Nikmatnya ganjaran yang diberikan kepada wanita oleh ALLAH.

Semoga kita semua para wanita akan menjadi wanita yang solehah dan sentiasa patuh dan akur terhadap suami. Amin~




Sekadar perkongsian untuk semua. Semoga dengan adanya info ini, kita akan mengubah diri kita menjadi lebih baik daripada hari semalam. Amin.

Sumber: DARA.com


Terima kasih sebab datang sini.
Sehingga berjumpa lagi pada entri akan datang. ^^

13 comments:

Gadis Gingsul said...

nice entry +100
errr...mata sebelah mana hehhehe

kura said...

hikmah seorang perempuan kan :)

Ryu on ahsfantasy24.com said...

indah menjadi wanita,
sebaik-baik wanita, adalah mereka
yang solehah..

sea_lavender said...

Subhanaallah.. “Wanita hiasan dunia , Seindah hiasan adalah wanita solehah”

dee said...

wahh

MiSz sRi said...

nice inf0... :)

MimieRara said...

Alhamdulillah, bersyukur dilahirkan sebagai perempuan :)

reyna said...

salam..aa..sya beli dri hanis ..tq visit my blog..

♔Lady Ainaa♔ said...

SubhanaAllah, indahnya menjdi seorg wanita ni...supaya kita menjadi wanita yg solehah dan berjaya di dunia dan di akhirat... Amin

S..U..D..@..I..S said...

tq2... mudahnya wanita mendapat pahala jika mengetahui.....jika tiada ikhlas akan terjadi sebaliknya....

semoga menjadi solehah...

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

Bnyk kn klebihan jd perempuan...;)
thanks komen blog kite...;)

widiea azira said...

wanita mmg sgt berharga

amranaiman said...

waa. indahnya jika berkeluarga :)